KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib membuat penilaian bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 sebagai berjaya dan menunjukkan tanda pemulihan semula parti selepas pilihan raya ke-12 lalu.

Presiden UMNO berkata, semangat yang ditunjukkan di kalangan perwakilan memberangsangkan dan tahap keyakinan itu dapat memastikan kejayaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup perhimpunan agung parti 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment