LONDON: Gol tandukan Didier Drogba pada separuh masa pertama dan jaringan lewat Salomon Kalou dan Daniel Sturridge memberikan Chelsea kemenangan selesa 3-0 ke atas Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Kemenangan itu juga mengangkat The Blues ke kelompok empat pasukan teratas dan mengekalkan cabaran untuk kejuaraan liga.
Drogba melengkapkan dominasi pasukan pelawat itu apabila menanduk masuk hantaran silang Juan Mata dengan penyudahan bertenaga pada minit ke-38 sebelum Kalou dan Sturridge memastikan kemenangan pada beberapa minit terakhir. Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard, hanya mampu melihat sepakan penaltinya pada minit ke-13 diselamatkan tetapi Newcastle akan tetap menganggap diri mereka malang kerana tiga percubaan terkena tiang dan palang gol. - AP
No comments:
Post a Comment